Sunday, April 4, 2010

Sape suke tidur ? Angkat tangan !

KEPENTINGAN TIDUR YANG BERKUALITI
Anggaran 1/3 hayat kita dihabiskan untuk tidur. Tidur berkualiti adalah amat penting kepada kita. Kita memerlukan tidur seperti juga kita memerlukan oksigen. Beberapa perkara penting yang berlaku apabila kita tidur yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan emosi kita. Tidur yang berkualiti mampu memberikan kesan menakjubkan:

  • ia membantu meningkatkan kecekapan kerja seseorang
  • menggalakkan pemulihan tubuh
  • meningkatkan daya ingatan, penumpuan, daya kreatif serta kesejahteraan emosi
Memiliki bantal yang sesuai membantu mendapatkan tidur berkualiti baik yang diinginkan. 


Pertumbuhan Sihat

Pertumbuhan fizikal juga berlaku semasa tidur. Pertumbuhan tersebut berlaku semasa tidur dan ia adalah salah satu sebab mengapa kanak-kanak memerlukan lebih banyak tidur berbanding orang dewasa.
Memperbaiki memori 
Semasa tidur, otak menguruskan maklumat yang tersimpan. Otak berbuat demikian bagi membolehkan penyimpanan, pengekalan dan penyusunan memori.

Meningkatkan Kesejahteraan Emosi 
Semasa tidur berlaku, ia menyumbangkan kepada peningkatan kesejahteraan emosi. Seseorang yang tidak mendapat tidur yang mencukupi menunjukkan peningkatan kejengkelan dan ketidaksabaran


Keperluan tidur seseorang berbeza-beza mengikut usia. Ia tidak hanya sekadar berbaring sambil melelapkan mata, sebaliknya tidur amat bermanfaat dalam kesihatan tubuh seseorang, tidur yang berkualiti besar feadahnya untuk penampilan lebih segar, cantik dan berseriAntara tips-tips tidur yang bagus adalah:



  1. Pastikan anda tidur pada waktu yang sama setiap hari. Cara begini akan mendisplinkan “jam tubuh” anda. 
  2. Pastikan bilik tidur anda cukup tenang dan gelap untuk mengoptimumkan fungsi hormon melatonin (hormon yang membantu untuk tidur). 
  3. Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan terlalu sejuk kerana ini akan mengganggu tidur anda. 
  4. Gunakan bantal yang nyaman, lembut, tidak terlalu keras dan tidak terlalu nipis. Pastikan juga sarung bantal dibersihkan selalu agar tidak menimbulkan masalah kulit seperti jerawat. 
  5. Bersenam dengan teratur pada waktu pagi atau petang terbukti dapat memperbaiki kualiti tidur seseorang. 
  6. Buat rutin sebelum tidur seperti latihan menenangkan fikiran, urutan, mandi air suam atau rawatan tubuh. 
  7. Hindari bersenam menjelang waktu tidur kerana ia meningkatkan suhu badan sekali gus menyukarkan anda melelapkan mata. 
  8. Jangan melalukan aktiviti yang memerlukan anda memerah otak seperti membuat kerja dengan komputer riba, menonton tv dan sebagainya. 
  9. Pastikan juga perut anda tidak lapar atau terlalu kenyang. Selain itu, jangan mengambil makanan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh yang boleh menghilangkan rasa mengantuk. 
  10. Pastikan anda mendapat nasihat dari pakar atau doktor sebelum mengambil ubat tidur
  11. Selain itu, cipta rutin sebelum tidur yang lebih menyenangkan. 
  12. Pastikan mata terpejam rapat dengan masker mata yang lembut 
  13. Sediakan alat tekup telinga untuk mengatasi masalah bunyi bising yang boleh menggangu tidur anda. 
  14. Tidur akan lebih nyaman jika anda menyembur keharuman bunga lavender pada tubuh, ruang tidur dan juga baju tidur. 
  15. Selepas mandi, sapukan losen tubuh yang mengandungi ekstrak lavender dan chamomile yang memberi kesegaran, selain membantu mengatasi stress. 
  16. Tambahkan titisan minyak pati ketika anda merendam kaki dengan menggunakan garam dan air suam untuk membuat anda relaks dan tenang.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth