Saturday, September 27, 2014

Cabaran tahun 2014.

Well.

Apa dah jadi dengan semangat blogging yang datang haritu? Dah tak jadi 'haritu' dah. Macam dah boleh jadi 'dulu'. Lebih 6 bulan dah senyap jek. Tak sempat nak ingat langsung pasal blogging. *sigh*. Hah. Nampak tak busy dia macam mana. Busy sangat. Non-exec jek pun. Busy nak catch up banyak benda baru, benda lama yang terasa baru, dan sebagainya. Nak gilap balik benda yang berkarat, sampai sekarang pun macam masih berkarat. Hm. I wonder why. *berkerut*.


Well.

Dalam tempoh 'senyap' ni, banyak benda yang berlaku. Tapi malas ah cerita. Bosan jek nanti. Kalau kita pun bosan, apatah lagi korang yang terbaca nanti. Kekeke. Hm tapi tulah, banyak sangat benda yang berlaku.

Change topic please.

Well.

Apa tujuan sebenar kita post entry ni. Blur kejap. Takde pape kot. Ada kawan cakap kita tak update blog. Terus *ching!*. Kita ada blog eh? Bila dah ada orang remind, terasa rindu pulak nak membebel kat sini. Hm memang rindu tapi banyak kekangan nak blogging. Sekarang rutin dah berbeza. Sekarang dah lebih serius dalam kerjaya. *coughing*. Benda yang kita impikan jadi kenyataan kan. Dah tu apa yang kita dapat lebih dari yang diimpikan, lupalah benda lain. Alah lupa daratan sikit senang cerita. Kekeke.

Well.

Kawan-kawan ada tanya jugak degree holder kerja non-exec, boleh pergi ke? Gaji tak sikit? Macam tak payah persoalkan pun takpe kot. I tell you, siapa taknak gaji besar kan. Tapi kenalah bersedia dengan mentality untuk pikul tanggungjawab yang besar. Bukan setakat kejar gaji. Kerja gaji besar, tanggungjawab besar tapi hati kecik. Hm boleh nangis setiap kali balik kerja. Sementara masih boleh explore macam-macam benda, apa salahnya bermula dari bawah. Janji environment kerja, colleagues are great, nikmati selagi ada. Yay!



Well.

Terima kasih Allah untuk pengalaman hidup setakat ini.

Kasi komen sikit k?

Sunday, March 16, 2014

The alternative.

Dah lepas 2am. Masih lagi kat Darussyifa'. Oh ngantuknya mata. Lebih pada badan letih. Dari pukul 10 lebih duduk menunggu sampai nak main handphone pun dah bosan. Dah taktau nak buat apa. Nak alih parking kereta pun kereta buat hal. Press minyak pun takmau gerak. Kang tekan minyak lagi kuat, jadi centre of attraction pulak. Tapi hilang lah sikit rasa ngantuk. Sempat dengar lagu, relaks-relaks nak baring ke duduk terkangkang ke apa ke. Ni duduk kat kerusi dengan penuh sopan berjam-jam boleh patah pinggang.

And still got 2 patients to go before us. Hm. How much longer do we have to wait. Benda baik, benda bagus should make it more effective on time management. Terfikir jugak macam mana. Macam gini punya lama memang banyak masa terbuang. Dugaan kot.

Nak taknak, tunggu jelah dengan sabar. Yay!


Kasi komen sikit k?

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370

Today is March 9th, 2014. Still no sign of wreckage of Boeing 777 MH370. It has been reported missing on March 8th, 2014. Seharian berita cerita pasal kejadian ni. Seharian jugaklah all the social networks full dengan post berkaitan MH370. Masing-masing tunjuk effort tapi semua post taktau kesahihannya. Even dari sumber yang boleh dipercayai pun taktau ceritanya betul ke tak. Banyak sangat percanggahan.


Tak kurang jugak ada yang kaitkan kejadian ni dengan politik. Kenapa eh? Just for once in your life, takde ke perasaan kesian dengan nyawa-nyawa yang ada dalam that plane? Takde sensitiviti langsung dah ke? Those people are human being also. Same like us. There's even has 2 innocent babies involved. Macam mana kita yang tak merasa apa yang diorang rasa boleh sanggup keluarkan macam-macam statement yang tak berhati perut? Selfish sungguh.

At least, what we can only do is pray for them. Apapun kemungkinan yang ada, Allah knows best. Not you.

Kasi komen sikit k?

Saturday, March 8, 2014

Emosi diganggu.

Lenguh-lenguh kaki dan badan bekerja. Sekejap jek rasa dah hujung minggu. Boleh rehat-rehat. Tapi tak sempat nak pikir nak rehat-rehat dah tak senang hati balik. Kecik hati tengok orang get emotional suddenly ni. Mulalah cakap pelik-pelik, act pelik-pelik. Hm terasa jugak tapi luah kat sini jek. Sudahnya kita yang emosi. Hehe. Takpelah, semua orang penat kot. So, lebih baik diam jek dari sakitkan hati semua orang.

Tapi ada pulak pesen nak paksa-paksa ni memang tak kena dengan jiwa. Kita cuba sedaya upaya nak jaga hati tapi seems like she didn't understands at all. Bila kita start nak marah sikit, dah keluar ayat sentap. Come on lah. Tak kuasa nak melayan. Kita senyap lagi bagus dari muntah. Kalau dah jelaskan banyak kali pun masih tak save, baik diam. Lepastu mulalah macam-macam andaian keluar. Ada jugak rasa nak pertahankan diri sendiri tapi bila fikir balik, for what? Buat penat jek.

Hm. Dulu kita pernah kenal orang lebih kurang macam ni jugak. So, dah faham. Dan meletihkan.

Semoga terbukak hati nak teruskan kehidupan dengan lebih baik.

Kasi komen sikit k?

Monday, February 24, 2014

4 sisters, only brother and a gift.

Harini hari pertama untuk minggu yang kedua. Break time tadi kami sambut birthday girls and the only boy for January-April babies. Miss Helen tulah Boss kami. She is our Laboratory Operation Manager. Liyana, budak reporting. Ren Xi, Apprentice Chemist. Aeddy, budak project. Mei Kee, Analytical Chemist. Celebration ni kira sekali dengan farewell untuk Mei Kee. She will be transfer to Penang. Wuuuu. Sedih. She's so cool. Oh tak ambik gambar lagi dengan dia. Takpe, I will make sure kita akan ambik gambar sama-sama before you leave. Heee.

InsyaAllah, all of your wish will be fulfilled.
Kek coklat ni sedap kot. Macam Royal Hazelnut yang selalu kita makan tu. Beli kat SDS. Kalau kita kat sini, tak hadap lah kek Secret Recipe. Kat SDS pun ada jek kek sedap-sedap. Harga pun reasonable. Hewhew.

Then balik kerja tadi singgah UniSC sekejap. Datang jumpa siapa yang ada jek. Datang sebab ada orang nak kasi buah tangan. Sekali ada hadiah dalam plastik makanan tu. Ada orang hadiahkan baju. Tapi tak pernah ada baju macam gini. Macam mana gaya nak pakai pun tak reti. Kita dahlah tak reti nak mix and match. Hihu. Tapi terima kasih lah pasal kalau bagi benda yang kita dah ada pun tak best jugak. Dah biasa dapat. Terima kasih banyak-banyak.

Hadiah dari seberang.
Orang lain yang celebrate birthday, kita yang dapat hadiah.



Kasi komen sikit k?

 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth