Friday, December 10, 2010

Bila Kawan Sendiri Jauhkan Diri Sebab Kita Tak Menguntungkan Dia..



Wahh, final exam dah habis! Sekarang ni nervous tunggu result plak.. Takutla.. Sebab aku ni tak bape nak pandai L Belajar pun terkontang-kanting, lambat pick up, pointer selalu teruk.. Antara aku dengan geng2 aku, pointer akula paling teruk.. Mungkin aku tak usaha sehebat dorang. Takpela, aku tawakal je. Dah jawab pun kan.. Tunggu & lihat jela result camane. Hopefully, pointer aku tak jatuh teruk macam dulu lagi. Korang doakan aku ea! J

Cerita pasal aku tak hebat ni kan.. Aku terasa la dengan seorang kawan aku ni. Ok, sebelum aku sambung cerita, aku nak kasitau korang, ni luahan hati aku. Soryla kalau korang bosan tapi aku tak tau kat siapa nak luahkan.. Actually, aku tak tau pe salah aku, sampai kawan aku tu ignore aku.. Aku sedih L

Kalau aku de salah kat kau, aku minta maaf. Kalau kau de terasa dengan aku ke, aku mintak maaf. Mungkin aku tak niat & tak perasan benda tu boleh wat kau terasa. Sorry.. Tapi pe yang aku nak cite ni, aku tak tau exactly ini keadaan yang sebenar ke tak tapi yang aku pasti, bukan aku je rasa. Ya, aku tau aku ni tak bagi benefit kat kau tapi ni ke yang aku dapat lepas kita semua dah kawan sejak 1st year. Aku ingat selama ni aku je touching lebih. Tapi tak sangka plak kawan aku, lebih tepat, kawan kita, mengiyakan perasaan aku. Kenapa? Kitorang tak layak kawan dengan kau? Sebab? Ktorang tak pandai macam kau or macam orang lain yang kau rapat sekarang? Tapi aku lagi terasa kot. Antara kita semua, aku la yang paling corot. Aku pun tak baik macam kau. Aku mengaku luaran & dalaman aku tak bagus. Tapi aku sangat tak layak ke kawan dengan kau sampai dekat 3 tahun kawan, kau boleh ignore aku camtu je? Aku terasa bila kawan aku sendiri ignore aku. Kalau wat assignment, lab, test, exam, kau selalu pentingkan diri. Boleh tak kalau aku nak cakap kau ni selfish & kedekut ilmu. Mungkin kau tengah hebat sekarang ni, aku ni macam menumpang je dalam hidup kau, aku sedar tu, aku banyak ‘hutang’ dengan kau & sebab tula aku malas besarkan hal ni. Tapi bila semua orang tanya kenapa aku dengan kau tak rapat lagi, aku rasa macam dorang dah salah orang. Patutnya dorang kena tanya kau, bukan aku. Sekarang ni aku sangat sangat terasa dengan kau. Kau buat aku rasa, aku tak layak kawan dengan kau sebab aku tak hebat atau lebih tepat, tak bape nak pandai. Yang paling aku tak sangka perangai kau ni tak macam penampilan kau. Mungkin aku ni nampak tak mesra macam kau, orang pun mungkin susah nak kawan dengan aku tapi aku jenis yang sayang kawan-kawan aku walaupun aku tak pandai nak tunjuk. Tapi kalau tu yang kau nak, aku doakan kau happy & berjaya capai pe yang kau nak. Nanti kalau kau rasa kau perlukan aku, cari jela aku.. jangan risau, aku ni tak touching lama tapi kesan dia tu ada la..

What are friends?
Friends are people that you think are your friends
But they're really your enemies, with secret indentities
and disguises, to hide they're true colors
So just when you think you're close enough to be brothers
they wanna come back and cut your throat when you ain't lookin 

-EMINEM-


Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth