Sunday, December 15, 2013

Kacang gajus goreng khas dari Surabaya, Indonesia.

Dah hampir dua minggu sejak Umi balik dari bercuti kat Surabaya. Umi jelah yang pergi, kitorang jaga rumah. Hukhuk. Umi pergi pun tak planned. Last minute makcik ajak pergi sana pasal pakcik tak dapat pergi. Tiket dah beli kan. Sayanglah kalau orangnya takde. Kebetulan birthday Umi masa dorang nak ke sana. Jadinya memang ngam sangatlah sambut birthday kat Surabaya. Kemain! Takpelah, first time seumur hidup kan. Nak tunggu anak dia belanja terbang jauh-jauh makan tahun jugak kot. Hehehe.

Yang kita duduk jelah kat rumah menunggu kawan-kawan dari KL datang. Kitorang nak ke kenduri kahwin sebenarnya hujung minggu tu. Jadinya, alang-alang tu dorang mintaklah kita bawak dorang pusing-pusing JB. Pasal jalan-jalan tu lain kali lah cerita. Malas nak taip kat sini. Kekeke. Sebab sekarang ni tengah craving sesuatu. Kalau kat JB/Malaysia ni taktaulah ada jual banyak-banyak ke tak. Tak pernah lagi jumpa. Adalah jual paket-paket. Tu pun mahal dah. Hukk. Kalau ada, kasitaulah eh. Craving kacang gajus goreng ni sebenarnya. Buat kunyah-kunyah masa tengah bosan lepak kat rumah memang sedap. Selalu kitorang beli yang jenama Tong Garden tu. Takpun ada jenama-jenama lain tapi pesen-pesen macam tu lah kan. Dahlah sikit jek, terasa mahalnya. Kecewa nafsu.

Separuh dari balang macam kita sorang jek makan rasanya.
Ceritanya masa Umi balik dari Surabaya tu, Umi ada bawak balik macam-macamlah dari sana. Ada makanan, tshirt, telekung. Makanan pun ada macam-macam. Ada kek, kerepek, salah satunya kacang gajus ni lah. Di bawaknya balik satu balang. Itupun bukan beli tapi ada sedara kat sana kasi. Umi kata dorang kat sana kacang gajus ni letak gitu jek sebalang atas meja. Buat kunyah-kunyah untuk orang datang agaknya ek? Kitorang kat sini memang suka kacang gajus tapi jarang dapat makan. Jadinya, dorang bagilah satu balang bawak balik Malaysia. Rezeki. Siap dah dia gorengkan sekali. Ada rasa macam ayam goreng pun ada. Dia goreng letak bawang putih kot. Rezeki lagi. Tapi dah habis. Makanya sekarang terliur-liur.

Nak lagi please. Hukk.

*Happy 48th belated birthday my dearest Umi.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth