Monday, December 16, 2013

Jalan-jalan Johor Bahru / K15

Rasa pelik bila kawan-kawan datang Johor, lepak tempat kita. Yelah, selalu kita jek lepak tempat dorang kat KL. Tapi disebabkan ada kenduri kahwin kat Rengit, jadi dorang gunakan masa tulah nak jalan-jalan JB. Alang-alang kan. Tapi trip kecik-kecik jek. trip besar tunggu nanti eh. Trip ke Taman Negara dah bubar disebabkan mummy Syira lah ni. Confident jek boleh. Last-last cancelled jugak. Kekeke. Takpe, tunggu trip lain ya kawan-kawan.

Tahniah untuk Munir dan Pija. Semoga bahagia dan berkekalan sehingga akhir hayat.
Yang nak ke JB cuma empat orang tapi dia punya ragam mengalahkan Ema yang satu. Eh. Hm. Sesungguhnya kakak abang tu memang banyak songeh eh. Hiks. Takpe, yang penting jangan serik nak ke JB lagi.

2 hari 2 malam datang sini, tak banyak sangat dapat jalan kan. Sebab kita kerja. Kalau tak kerja, rasanya dari Sabtu pagi sampai ke malam berjalan jelah. Masa tu cuaca pun tak berapa nak mengizinkan. So tak dapat nak ambik gambar sangat. Berjalan dalam kereta jek lebih. Tapi sampai dah hajat dorang nak jejak JB, jejak dah Restoran Singgah Selalu, Pasar Karat, Kota Iskandar, Puteri Harbour, Hello Kitty Town, Legoland, Danga Bay, shopping complex sepanjang Jalan Skudai. Kihkih. Mana lagi? Suara OK Danga Bay, Restoran Sayam, Johor Premium Outlet (JPO). Nanti korang datang lagi, kita expand lah tempat-tempat yang nak dituju tu. Mana tau kali ni ada surprise yang menjadi. Hah tak teruja ke? *angkat-angkat kening*
Penat tapi lapar.
Dah lapar bertambah lapar menunggu.
Puteri Harbour
Hello Kitty Town
Nampak tak kami yang cenonet tu?
Nak nampakkan yang belakang tu jek. Kekeke.
Dua abang dan sorang kakak yang dah kahwin.
"Kami kat JPO" katanya.
Nanti datang lagi okay?
Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth