Wednesday, February 12, 2014

Pari-pari gigi sendiri.

Niat dihati nak menghabiskan sisa-sisa masa kat UniSC dengan sebaik mungkin. Tapi apakan daya boleh pulak kena sakit gusi. Gusi kat gigi bongsu tu bengkak. Ni bukan pertama kali kena tapi tak larat layan dah. Nak makan minum susah pasal gigi tak boleh ketap habis. Tak dapat nak menikmati ayam bakar. Herher. Tak cukup dengan gusi bengkak, tonsil pun sibuk nak bengkak sama. Kita rasa cuaca panas sangat pun punca jugak. Hari-hari minum air masak banyak jek tapi bila turun production sekejap pun dah basah belakang. Berpeluh-peluh. Teruk betul panas dia. Pasang aircond pun tak rasa dah. Rasa angin jek. Haritu sejuk sangat kan. Sekarang panas sangat.

Tapi bukan harini kena sakit gusi tu. Cuma harini bertambah satu lagi sakit. Sakit kena cabut gigi. Rongak satu batang. Wuuuu sedih. Rindu kat gigi yang kena cabut tu. Tadi pagi pergi Klinik Pergigian Mahmoodiah. Ingat doktor akan bagi ubat tahan sakit dulu ke kan. Then turun bawah nak cek tonsil pulak kat Klinik Kesihatan. Yela klinik gigi tak ramai, cepat sikit habiskan urusan. Sekali silap percaturan. Jumpa doktor gigi, dia kata gigi kita belah bawah nak tumbuh tapi tak dapat tumbuh pasal gigi atas gigit gusi bawah. Jadi gusi bengkak, gigi tak dapat tumbuh habis. Cara untuk kurangkan sakit adalah dengan cabut gigi atas. Hukk! Sedihnya. Takut pun ada. Kita seriau betul kalau sakit-sakit yang melibatkan gigi dan peranakan. Masa tu gigil tapi watlek watpis.


Doktor inject ubat bius 2 kali. Yang kali kedua tu sakit. Sempat jugak terkeluar 'arkkk..'. Doktor kata tahan sikit. Then dia suruh tunggu kat luar. "Nanti dah kebas, saya panggil." Tunggulah kat luar. Masa tu nak taip kat keyboard handphone pun asyik typo. Hekk. Tak lama pun tunggu. Sekejap jek doktor dah panggil balik.

Doktor: Badan jangan keras-keras. Lembut jek.
NP: Hehehe. (Mampu sengih jek)


Lepastu doktor pun terus sepit gigi geraham kita dan goyang-goyangkan sekuat hati. Nurse sorang pegang kepala, sorang lagi stand by kalau-kalau kita meronta-ronta. Masa tu, mula-mula memang tak sakit tapi bila dia dah start nak tercabut.. hm. Sempat lagi kita cakap, "Arkk sakit..". Cakap dengan relaks. Padahal sakit gila rasa. Doktor pun jawab, "Dia nak tercabut ni memang sakit sikit. Tahan eh." Nasib baik dapat doktor cool jek. Kita pun takdelah gelabah sangat. Masa gigi dah terpisah dari gusi, boleh dengar dan rasa macam benda yang dah digam tapi kita cabut slow-slow. Boleh bayangkan segala urat saraf terputus dan terpisah dari gigi. Hm kemain. Cakap macam tau. Kahkah. Dah siap cabut tu sempat lagi nurse kata, "nah tengok gigi awak dah keluar dengan akar semua." Mampu sengih jelah. Masa tu ingat nak bawak balik gigi tu nak buat rantai tapi macam tak jadi pulak nak mintak.

Bila gigi dah kena cabut, mc pun di-offer, kita terima seadanya. Kekeke. Makanya tak kerja lagi tadi. Kalau ikutkan memang badan tak sakit pape kalau nak kerja tapi memandangkan gigi ni boleh effect semua, baik mc jek. Nanti kepala sakit, susah nak makan, tenaga takde, mood takde. Baik duduk rumah tidur. Darah pulak banyak betul keluar. In fact sekarang pun masih berdarah. Mungkin kena kumur dengan air garam ek?
Tapi terasa kosong hidup ni dengan berkurangnya sebatang gigi. Mihmih.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth