Semalam kasik Madam surat resign. Notis seminggu. So 14th February would be my last day at UniSC. Wuuuu. Sedihnya. Walaupun baru 7 bulan kerja situ tapi dah ada geng, dah ada kawan yang semakin rapat. Isk. Hm tapi berbalik pada surat tu, masa nak kasi kat Madam, Encik Esoof dari jauh dah nampak. Dengan kertas berlipat ala-ala surat, kacang goreng jek dia teka, "Surat apa tu? Surat resign ke?". Haaaa kita pun sengih jeklah. Hahaha. Masa masuk office Madam kasi surat, taktau nak cakap apa. Tak pernah kasi notis seformal gitu. Sebelum ni kerja part time jek kan. Bila masa nak berhenti tu, masa masuk kerja dah kasitau siap-siap. So, kali ni macam biasalah, buat benda yang kita pakar buat, sengih-sengih. Hekk. Madam muka serius. Dia adalah tanya sikit-sikit. Tapi takdelah macam nak tau sangat kenapa nak berhenti ke apa ke. Nampak sangat khidmat kita tak diperlukan sangat. Isk. Penat lelah kita kerja. Pujuk-pujuklah sikit ke apa. Lalalalala. Kalau staff lagi 2 orang tu, hm tak payah nak kata pujuk, disuruh-suruhnya kerja tempat lain. Kekeke. Kami tak larat nak kerja situ lagi. Tunggu peluang jek masing-masing.
Tapi lain pulak ceritanya kat Production. Baru cerita kat 3 orang, masing-masing buat muka terkejut. Ada yang tanya, "Betul ke?" "Kenapa?" "Tak sedih ke?" "Apa masalah?" Haiyakk. Dorang tanya macam kami tak pernah buat sesi luahan perasaan pulak. Padahal kalau tak puas hati ke bengang ke sakit ke sedih ke apa ke, semua nak ngadu. Lagi nak tanya kenapa. Buat kita makin sedih jek. Hm. Nanti mesti kita rindu keriuhan, gelak ketawa macam yang ada sekarang. Tempat kerja akan datang memang kena fokus untuk bina karier. Takmau main-main. Walaupun pengalaman 7 bulan yang ada ni banyak pahit manis tapi takkan sama dengan tempat baru. Lepasni tak dapat dah tengok muka-muka yang selalu saya tengok, yang kasi semangat buat pergi kerja. Yang pastinya bukan muka 'Botak' lah. Kekeke. Hm.
Walau macam manapun, rezeki saya kat UniSC setakat tu jek. Tiba masanya saya berhijrah dan cari pengalaman lain. Tempat baru, sumber rezeki yang baru. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi akan datang. Yang penting kena kutip balik nombor-nombor telefon dorang yang dah kena kebas tu, Pfftt.
Ok. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment