Saturday, September 27, 2014

Cabaran tahun 2014.

Well.

Apa dah jadi dengan semangat blogging yang datang haritu? Dah tak jadi 'haritu' dah. Macam dah boleh jadi 'dulu'. Lebih 6 bulan dah senyap jek. Tak sempat nak ingat langsung pasal blogging. *sigh*. Hah. Nampak tak busy dia macam mana. Busy sangat. Non-exec jek pun. Busy nak catch up banyak benda baru, benda lama yang terasa baru, dan sebagainya. Nak gilap balik benda yang berkarat, sampai sekarang pun macam masih berkarat. Hm. I wonder why. *berkerut*.


Well.

Dalam tempoh 'senyap' ni, banyak benda yang berlaku. Tapi malas ah cerita. Bosan jek nanti. Kalau kita pun bosan, apatah lagi korang yang terbaca nanti. Kekeke. Hm tapi tulah, banyak sangat benda yang berlaku.

Change topic please.

Well.

Apa tujuan sebenar kita post entry ni. Blur kejap. Takde pape kot. Ada kawan cakap kita tak update blog. Terus *ching!*. Kita ada blog eh? Bila dah ada orang remind, terasa rindu pulak nak membebel kat sini. Hm memang rindu tapi banyak kekangan nak blogging. Sekarang rutin dah berbeza. Sekarang dah lebih serius dalam kerjaya. *coughing*. Benda yang kita impikan jadi kenyataan kan. Dah tu apa yang kita dapat lebih dari yang diimpikan, lupalah benda lain. Alah lupa daratan sikit senang cerita. Kekeke.

Well.

Kawan-kawan ada tanya jugak degree holder kerja non-exec, boleh pergi ke? Gaji tak sikit? Macam tak payah persoalkan pun takpe kot. I tell you, siapa taknak gaji besar kan. Tapi kenalah bersedia dengan mentality untuk pikul tanggungjawab yang besar. Bukan setakat kejar gaji. Kerja gaji besar, tanggungjawab besar tapi hati kecik. Hm boleh nangis setiap kali balik kerja. Sementara masih boleh explore macam-macam benda, apa salahnya bermula dari bawah. Janji environment kerja, colleagues are great, nikmati selagi ada. Yay!



Well.

Terima kasih Allah untuk pengalaman hidup setakat ini.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth