Saturday, September 27, 2014

Cabaran tahun 2014.

Well.

Apa dah jadi dengan semangat blogging yang datang haritu? Dah tak jadi 'haritu' dah. Macam dah boleh jadi 'dulu'. Lebih 6 bulan dah senyap jek. Tak sempat nak ingat langsung pasal blogging. *sigh*. Hah. Nampak tak busy dia macam mana. Busy sangat. Non-exec jek pun. Busy nak catch up banyak benda baru, benda lama yang terasa baru, dan sebagainya. Nak gilap balik benda yang berkarat, sampai sekarang pun macam masih berkarat. Hm. I wonder why. *berkerut*.


Well.

Dalam tempoh 'senyap' ni, banyak benda yang berlaku. Tapi malas ah cerita. Bosan jek nanti. Kalau kita pun bosan, apatah lagi korang yang terbaca nanti. Kekeke. Hm tapi tulah, banyak sangat benda yang berlaku.

Change topic please.

Well.

Apa tujuan sebenar kita post entry ni. Blur kejap. Takde pape kot. Ada kawan cakap kita tak update blog. Terus *ching!*. Kita ada blog eh? Bila dah ada orang remind, terasa rindu pulak nak membebel kat sini. Hm memang rindu tapi banyak kekangan nak blogging. Sekarang rutin dah berbeza. Sekarang dah lebih serius dalam kerjaya. *coughing*. Benda yang kita impikan jadi kenyataan kan. Dah tu apa yang kita dapat lebih dari yang diimpikan, lupalah benda lain. Alah lupa daratan sikit senang cerita. Kekeke.

Well.

Kawan-kawan ada tanya jugak degree holder kerja non-exec, boleh pergi ke? Gaji tak sikit? Macam tak payah persoalkan pun takpe kot. I tell you, siapa taknak gaji besar kan. Tapi kenalah bersedia dengan mentality untuk pikul tanggungjawab yang besar. Bukan setakat kejar gaji. Kerja gaji besar, tanggungjawab besar tapi hati kecik. Hm boleh nangis setiap kali balik kerja. Sementara masih boleh explore macam-macam benda, apa salahnya bermula dari bawah. Janji environment kerja, colleagues are great, nikmati selagi ada. Yay!



Well.

Terima kasih Allah untuk pengalaman hidup setakat ini.

Kasi komen sikit k?

Sunday, March 16, 2014

The alternative.

Dah lepas 2am. Masih lagi kat Darussyifa'. Oh ngantuknya mata. Lebih pada badan letih. Dari pukul 10 lebih duduk menunggu sampai nak main handphone pun dah bosan. Dah taktau nak buat apa. Nak alih parking kereta pun kereta buat hal. Press minyak pun takmau gerak. Kang tekan minyak lagi kuat, jadi centre of attraction pulak. Tapi hilang lah sikit rasa ngantuk. Sempat dengar lagu, relaks-relaks nak baring ke duduk terkangkang ke apa ke. Ni duduk kat kerusi dengan penuh sopan berjam-jam boleh patah pinggang.

And still got 2 patients to go before us. Hm. How much longer do we have to wait. Benda baik, benda bagus should make it more effective on time management. Terfikir jugak macam mana. Macam gini punya lama memang banyak masa terbuang. Dugaan kot.

Nak taknak, tunggu jelah dengan sabar. Yay!


Kasi komen sikit k?

Sunday, March 9, 2014

#PrayForMH370

Today is March 9th, 2014. Still no sign of wreckage of Boeing 777 MH370. It has been reported missing on March 8th, 2014. Seharian berita cerita pasal kejadian ni. Seharian jugaklah all the social networks full dengan post berkaitan MH370. Masing-masing tunjuk effort tapi semua post taktau kesahihannya. Even dari sumber yang boleh dipercayai pun taktau ceritanya betul ke tak. Banyak sangat percanggahan.


Tak kurang jugak ada yang kaitkan kejadian ni dengan politik. Kenapa eh? Just for once in your life, takde ke perasaan kesian dengan nyawa-nyawa yang ada dalam that plane? Takde sensitiviti langsung dah ke? Those people are human being also. Same like us. There's even has 2 innocent babies involved. Macam mana kita yang tak merasa apa yang diorang rasa boleh sanggup keluarkan macam-macam statement yang tak berhati perut? Selfish sungguh.

At least, what we can only do is pray for them. Apapun kemungkinan yang ada, Allah knows best. Not you.

Kasi komen sikit k?

Saturday, March 8, 2014

Emosi diganggu.

Lenguh-lenguh kaki dan badan bekerja. Sekejap jek rasa dah hujung minggu. Boleh rehat-rehat. Tapi tak sempat nak pikir nak rehat-rehat dah tak senang hati balik. Kecik hati tengok orang get emotional suddenly ni. Mulalah cakap pelik-pelik, act pelik-pelik. Hm terasa jugak tapi luah kat sini jek. Sudahnya kita yang emosi. Hehe. Takpelah, semua orang penat kot. So, lebih baik diam jek dari sakitkan hati semua orang.

Tapi ada pulak pesen nak paksa-paksa ni memang tak kena dengan jiwa. Kita cuba sedaya upaya nak jaga hati tapi seems like she didn't understands at all. Bila kita start nak marah sikit, dah keluar ayat sentap. Come on lah. Tak kuasa nak melayan. Kita senyap lagi bagus dari muntah. Kalau dah jelaskan banyak kali pun masih tak save, baik diam. Lepastu mulalah macam-macam andaian keluar. Ada jugak rasa nak pertahankan diri sendiri tapi bila fikir balik, for what? Buat penat jek.

Hm. Dulu kita pernah kenal orang lebih kurang macam ni jugak. So, dah faham. Dan meletihkan.

Semoga terbukak hati nak teruskan kehidupan dengan lebih baik.

Kasi komen sikit k?

Monday, February 24, 2014

4 sisters, only brother and a gift.

Harini hari pertama untuk minggu yang kedua. Break time tadi kami sambut birthday girls and the only boy for January-April babies. Miss Helen tulah Boss kami. She is our Laboratory Operation Manager. Liyana, budak reporting. Ren Xi, Apprentice Chemist. Aeddy, budak project. Mei Kee, Analytical Chemist. Celebration ni kira sekali dengan farewell untuk Mei Kee. She will be transfer to Penang. Wuuuu. Sedih. She's so cool. Oh tak ambik gambar lagi dengan dia. Takpe, I will make sure kita akan ambik gambar sama-sama before you leave. Heee.

InsyaAllah, all of your wish will be fulfilled.
Kek coklat ni sedap kot. Macam Royal Hazelnut yang selalu kita makan tu. Beli kat SDS. Kalau kita kat sini, tak hadap lah kek Secret Recipe. Kat SDS pun ada jek kek sedap-sedap. Harga pun reasonable. Hewhew.

Then balik kerja tadi singgah UniSC sekejap. Datang jumpa siapa yang ada jek. Datang sebab ada orang nak kasi buah tangan. Sekali ada hadiah dalam plastik makanan tu. Ada orang hadiahkan baju. Tapi tak pernah ada baju macam gini. Macam mana gaya nak pakai pun tak reti. Kita dahlah tak reti nak mix and match. Hihu. Tapi terima kasih lah pasal kalau bagi benda yang kita dah ada pun tak best jugak. Dah biasa dapat. Terima kasih banyak-banyak.

Hadiah dari seberang.
Orang lain yang celebrate birthday, kita yang dapat hadiah.



Kasi komen sikit k?

Saturday, February 22, 2014

Keluarga baru NM Laboratory (Johor) Sdn. Bhd.

Dah seminggu kerja di tempat baru. My first impression was this place is quite good. The work environment is better than before. Tapi perubahan mendadak tempat kerja pun buat kita rasa macam nak demam. Suddenly tekak sakit, batuk-batuk. Air pun kurang minum pasal tak terasa haus sangat, peluh pun payah nak keluar. Tapi kena biasakan minum air banyak-banyak jugak. Deal dengan chemicals bukan bagus. Macam-macam kita sedut.

On the first day, okaylah. Taklah rasa awkward sangat. Staff semua friendly. They won't make you feel uneasy. Seminggu ni hari-hari lunch dengan doranglah. Ada jek topik kat meja makan. Tapi dengan Malay staff jelah pasal break time they separate into two. 12-1pm for Malay and 1-2pm for Chinese. So that kat office and lab sentiasa ada orang. Cumanya makan tak berapa best pasal ayam bakar yang selalu takde. Takkan nak pergi Ungku Mohsin, semata-mata ayam bakar. Sedih. Untung Sabtu dia berniaga dan Sabtu tak kerja. Bolehlah kot singgah-singgah lepasni. Hopefully ayam bakar still available. Benda boleh adjust. *angkat-angkat kening*.

Senang kerja ada uniform. Tak payah pikir nak pakai baju apa.
Kat lab ada 5 orang termasuk kita. Sorang chemist, sorang apprentice chemist, dua lab technician dan sorang intern. Next week will be the last week for the chemist. Sebab nanti dia akan move to our lab in Penang. Her boyfriend also in Penang. So maybe they plan to settle down there lah kot. Oh tapi dia cool kot. It's easier to ask anything with her rather than the apprentice chemist. Yang tu tegas sikit. Ada sikit stress lah bila dengan dia. Pfftt. Buat tak reti jek.

Anyway, memang niat nak stick dengan NML lama sikit. Kat sini kita nampak peluang untuk belajar dan dapatkan pengalaman kerja yang sepatutnya tu tinggi. Tapi bergantung pada rezeki. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Amin.

Kasi komen sikit k?

Saturday, February 15, 2014

Memories made.

Harini hari pertama menganggur, dah dengar cerita macam-macam. Apalah. Tak senonoh betul. Relakslah. Saya tengah nak cari matlamat hidup saya ni. Korang dah ada matlamat, tinggal nak laksanakan jek. Tapi terima kasih untuk semuanya. Jasa korang memang tak terbalas. Dendam pun tak terbalas jugak. Lalalala.

There's nothing wrong untuk bermula dari bawah, susah-susah dulu. Dari situ kita akan belajar susah senangnya hidup ni. Kenal ramai orang, bermacam ragam, bermacam latar belakang, various cultures and it's pretty amazing! Thanks to Him for giving me such an opportunity.


And this friendship is real for me. I do hope all of you feel the same. Best of luck to all of us. Regards.

Setiap sorang ada cerita masing-masing termasuk yang ambikkan gambar ni. *grin*

Kasi komen sikit k?

Friday, February 14, 2014

It's official.

Maka dengan ini, secara rasminya, saya bukanlah lagi staff UniSC. Isk. Today was my last day work there. Sampai dah nak balik pun ada jek yang buat kita terharu dan sedih dalam masa yang sama. Well, I will miss you guys. In fact, I already missed everyone there. Some of them, I will never forget. Ada jodoh, nanti jumpa lagi. I hope all of you will be doing great without me. Eceh! Drama. Pfftt. Ada masa nanti lepak sama. Jangan lupakan saya! Thanks everyone.

Kasi komen sikit k?

Wednesday, February 12, 2014

Pari-pari gigi sendiri.

Niat dihati nak menghabiskan sisa-sisa masa kat UniSC dengan sebaik mungkin. Tapi apakan daya boleh pulak kena sakit gusi. Gusi kat gigi bongsu tu bengkak. Ni bukan pertama kali kena tapi tak larat layan dah. Nak makan minum susah pasal gigi tak boleh ketap habis. Tak dapat nak menikmati ayam bakar. Herher. Tak cukup dengan gusi bengkak, tonsil pun sibuk nak bengkak sama. Kita rasa cuaca panas sangat pun punca jugak. Hari-hari minum air masak banyak jek tapi bila turun production sekejap pun dah basah belakang. Berpeluh-peluh. Teruk betul panas dia. Pasang aircond pun tak rasa dah. Rasa angin jek. Haritu sejuk sangat kan. Sekarang panas sangat.

Tapi bukan harini kena sakit gusi tu. Cuma harini bertambah satu lagi sakit. Sakit kena cabut gigi. Rongak satu batang. Wuuuu sedih. Rindu kat gigi yang kena cabut tu. Tadi pagi pergi Klinik Pergigian Mahmoodiah. Ingat doktor akan bagi ubat tahan sakit dulu ke kan. Then turun bawah nak cek tonsil pulak kat Klinik Kesihatan. Yela klinik gigi tak ramai, cepat sikit habiskan urusan. Sekali silap percaturan. Jumpa doktor gigi, dia kata gigi kita belah bawah nak tumbuh tapi tak dapat tumbuh pasal gigi atas gigit gusi bawah. Jadi gusi bengkak, gigi tak dapat tumbuh habis. Cara untuk kurangkan sakit adalah dengan cabut gigi atas. Hukk! Sedihnya. Takut pun ada. Kita seriau betul kalau sakit-sakit yang melibatkan gigi dan peranakan. Masa tu gigil tapi watlek watpis.


Doktor inject ubat bius 2 kali. Yang kali kedua tu sakit. Sempat jugak terkeluar 'arkkk..'. Doktor kata tahan sikit. Then dia suruh tunggu kat luar. "Nanti dah kebas, saya panggil." Tunggulah kat luar. Masa tu nak taip kat keyboard handphone pun asyik typo. Hekk. Tak lama pun tunggu. Sekejap jek doktor dah panggil balik.

Doktor: Badan jangan keras-keras. Lembut jek.
NP: Hehehe. (Mampu sengih jek)


Lepastu doktor pun terus sepit gigi geraham kita dan goyang-goyangkan sekuat hati. Nurse sorang pegang kepala, sorang lagi stand by kalau-kalau kita meronta-ronta. Masa tu, mula-mula memang tak sakit tapi bila dia dah start nak tercabut.. hm. Sempat lagi kita cakap, "Arkk sakit..". Cakap dengan relaks. Padahal sakit gila rasa. Doktor pun jawab, "Dia nak tercabut ni memang sakit sikit. Tahan eh." Nasib baik dapat doktor cool jek. Kita pun takdelah gelabah sangat. Masa gigi dah terpisah dari gusi, boleh dengar dan rasa macam benda yang dah digam tapi kita cabut slow-slow. Boleh bayangkan segala urat saraf terputus dan terpisah dari gigi. Hm kemain. Cakap macam tau. Kahkah. Dah siap cabut tu sempat lagi nurse kata, "nah tengok gigi awak dah keluar dengan akar semua." Mampu sengih jelah. Masa tu ingat nak bawak balik gigi tu nak buat rantai tapi macam tak jadi pulak nak mintak.

Bila gigi dah kena cabut, mc pun di-offer, kita terima seadanya. Kekeke. Makanya tak kerja lagi tadi. Kalau ikutkan memang badan tak sakit pape kalau nak kerja tapi memandangkan gigi ni boleh effect semua, baik mc jek. Nanti kepala sakit, susah nak makan, tenaga takde, mood takde. Baik duduk rumah tidur. Darah pulak banyak betul keluar. In fact sekarang pun masih berdarah. Mungkin kena kumur dengan air garam ek?
Tapi terasa kosong hidup ni dengan berkurangnya sebatang gigi. Mihmih.

Kasi komen sikit k?

Saturday, February 8, 2014

Tiba masa untuk berpisah.

Semalam kasik Madam surat resign. Notis seminggu. So 14th February would be my last day at UniSC. Wuuuu. Sedihnya. Walaupun baru 7 bulan kerja situ tapi dah ada geng, dah ada kawan yang semakin rapat. Isk. Hm tapi berbalik pada surat tu, masa nak kasi kat Madam, Encik Esoof dari jauh dah nampak. Dengan kertas berlipat ala-ala surat, kacang goreng jek dia teka, "Surat apa tu? Surat resign ke?". Haaaa kita pun sengih jeklah. Hahaha. Masa masuk office Madam kasi surat, taktau nak cakap apa. Tak pernah kasi notis seformal gitu. Sebelum ni kerja part time jek kan. Bila masa nak berhenti tu, masa masuk kerja dah kasitau siap-siap. So, kali ni macam biasalah, buat benda yang kita pakar buat, sengih-sengih. Hekk. Madam muka serius. Dia adalah tanya sikit-sikit. Tapi takdelah macam nak tau sangat kenapa nak berhenti ke apa ke. Nampak sangat khidmat kita tak diperlukan sangat. Isk. Penat lelah kita kerja. Pujuk-pujuklah sikit ke apa. Lalalalala. Kalau staff lagi 2 orang tu, hm tak payah nak kata pujuk, disuruh-suruhnya kerja tempat lain. Kekeke. Kami tak larat nak kerja situ lagi. Tunggu peluang jek masing-masing.


Tapi lain pulak ceritanya kat Production. Baru cerita kat 3 orang, masing-masing buat muka terkejut. Ada yang tanya, "Betul ke?" "Kenapa?" "Tak sedih ke?" "Apa masalah?" Haiyakk. Dorang tanya macam kami tak pernah buat sesi luahan perasaan pulak. Padahal kalau tak puas hati ke bengang ke sakit ke sedih ke apa ke, semua nak ngadu. Lagi nak tanya kenapa. Buat kita makin sedih jek. Hm. Nanti mesti kita rindu keriuhan, gelak ketawa macam yang ada sekarang. Tempat kerja akan datang memang kena fokus untuk bina karier. Takmau main-main. Walaupun pengalaman 7 bulan yang ada ni banyak pahit manis tapi takkan sama dengan tempat baru. Lepasni tak dapat dah tengok muka-muka yang selalu saya tengok, yang kasi semangat buat pergi kerja. Yang pastinya bukan muka 'Botak' lah. Kekeke. Hm.

Walau macam manapun, rezeki saya kat UniSC setakat tu jek. Tiba masanya saya berhijrah dan cari pengalaman lain. Tempat baru, sumber rezeki yang baru. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi akan datang. Yang penting kena kutip balik nombor-nombor telefon dorang yang dah kena kebas tu, Pfftt.

Ok. Selamat malam.

Kasi komen sikit k?

Thursday, February 6, 2014

Berita sedih yang sensasi cuma. Rahsia Allah.

Disebabkan ada kenangan tak best jatuh hari yang sama dengan birthday boy, terus hilang mood haritu. Bak kata Sanjay, nombor darling pun takde. Tapi nombor darling dah ingat by heart. Handphone jek takde nak call. Ciss.
Happy birthday Zarep. Wish lagi kat sini. Ingat pesanan saya. Lalalala.
Zarep pun dah takde kat Segamat. Dah selamat kat bumi Kedah. Sementara masih ada masa, ada minat, ada keyakinan, ada semangat untuk sambung belajar, teruskan. Saya sokong usaha awak nak capai cita-cita awak tu. Semoga berjaya okay.

Well. Sekarang dah ceria sikit. Sebab dapat berita baik harini. Itulah orang kata, semua yang jadi ada sebabnya, ada hikmahnya. Sekejap jek dah nampak hikmahnya. Tengah sibuk-sibuk label pallet untuk stuffing, terdengar suara orang cari kita. "Khan, Farah mana?" Dengan sekuat hatinya, "Saya kat sini! Kat stor! Stor!" Masa tu dah selit celah-celah pallet. Memang takdelah nak keluar. Tunggu jelah Kak Ita datang. Sekali dia hulur satu paper nombor telefon. "Tadi Helen call. Urgent dia kata." Wooo. Apa yang urgentnya. Nervous jek rasa. Disebabkan taknak mengharap, dalam hati cakap, mesti dia call nak kasitau kita tak dapat job yang haritu dia interview. Sedih. Tapi takpelah. Bergantung pada rezeki jek kan.

Okaylah kalau macam tu. Lepastu kita pun call. Miss Helen tanya samada kita masih interested tak dengan job yang kita apply tu. Dengan confidentnya jawab, "Oh, interested!" Lepastu dia suruh kita datang second interview. Candidate yang dia pilih untuk proceed ke second interview before this tak jadi datang. So, terima kasih awak sebab turned down dia punya offer. Herher. Makanya, kita lah yang dapat session tu. Terus buat appointment hari yang sama pukul 630pm tadi interview. Dengan tak prepare apa-apa. Datang dengan harapan jek.


Tapi harapan yang menggunung tu tercapai jugak akhirnya. Kita memang nak job tu. Dia pulak offer. Memang ngam. Teruslah accept! Walaupun gaji masih kecik, tapi takpe. Yang penting pengalaman ke arah menjadi Chemist tu yang lebih penting. InsyaAllah. Mudah-mudahan tempat kerja baru ni lebih baik. I want to start fresh. Sekarang tinggal nak buat notis jek untuk Bos. Itupun tak buat-buat lagi. Dari tadi hadap benda-benda lagha jek. Hahaha. Esok jek buat aci tak?

Dengan sisa-sisa semangat yang ada ni, nak kena settle banyak perkara, sebelum meninggalkan Universal Soap & Cosmetics Sdn. Bhd. buat selama-lamanya. Wuhuuu. Kena spend time lebih sikit dengan kawan-kawan. Nanti susah nak jumpa dah. Susah sangat. Kot. Btw, korang doakan untuk kita jugak okay. Semoga kita semua berjaya dapat kerja yang dimpi-impikan selama ni. Amin.

Oh ngantuk gila. Kita nak masuk tidur lah macam ni. Good night people :)



Kasi komen sikit k?

Wednesday, February 5, 2014

Ada yang lebih baik menanti.

Sedihnya rasa. Lepas satu masalah, satu masalah lain datang. Entah kenapa boleh pulak terpilih nak jadi mangsa kecurian handphone. Eeeii. Memang hilang sabar betullah semalam. Kalau dapat tangkap siapa orangnya memang boleh bawak gaduh. Datang tempat orang dalam waktu kerja, buat hal. Memang pondan.

Bodohnya kita ni pergi tinggal handphone atas meja kat lab. Kena nasib tak berapa nak baik, ada pulak yang berkenan handphone tu. Haihh. Padahal sekejap jek tinggal. Selama ni kami ada jek tinggal handphone merata, selamat jek. Takde yang nak ambik. Masing-masing pakai smartphone. Tetiba semalam tak selamat. Cuma, selamat jalan handphone kesayangan. Huuuu.

Walaupun handphone kita tak semahal handphone awak, budak, bukan handphone yang kita kisahkan. Tapi benda berharga yang ada kat handphone tu. Benda berharga yang takkan boleh dapat lagi. Kenangan banyak dalam handphone tu. Ya, kita tau kita memang salah. Siapa suruh pergi tinggal handphone tu tanpa ada orang jaga kan. Dan memang kita jek yang salah dan kena mengaku salah dalam hal ni. Kita pun tau awak tak sebodoh tu senang-senang nak mengaku. Takpelah. Benda jadi bukan takde saksi langsung. Kan?


Ok fine. What goes around comes around. Take care.

Kasi komen sikit k?

Monday, January 27, 2014

Please guide me.

Harini Isnin. Monday blues. Lebih dari tu. Daripada semalam berharap someone would tell me that the factory would close today. Macam ada sinar harapan masa nampak missed call dari Kak Lina. Tapi rupa-rupanya ter-called jek. Hukk. Memang terasa malas sangat nak datang kerja harini. Memikirkan esok 28 haribulan, kuatkan hati pergi jugak kerja. Sebenarnya rela duduk rumah dari menghadap semua benda kat kilang. It's bored. Banyak benda yang buat kita bosan. Dari awal kerja, sampai sekarang. It has been almost 7 months now. How much longer do I need to hold on? Takkan nak bazirkan masa-masa yang seterusnya macam tu jek. Hoh. Buntu.


Sekarang dah sampai tahap Boss cakap ke marah ke tegur ke, kita angguk paham jek. Bak kata Kak Ita, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Memang betul. Semua orang pun bengkek but nothing much we can do. Yes, I need a new job. Tapi rezeki untuk dapat kerja lain tu masih belum sampai. Meanwhile, kenalah banyakkan bersabar dan berdoa everything will be alright. Atau resign dan kerja part time for temporary. Hm.


Bila dorang ni nak datang serbu kilang tempat saya kerja?

Kasi komen sikit k?

Tuesday, January 14, 2014

Percutian ala-ala Korea.

Cuti harini, duduk rumah terasa lapang sikit fikiran. Baru terasa betul-betul cuti. Pagi-pagi hantar Umi pergi kerja. Balik rumah ambik adik nak pergi shopping barang dapur kat Maslee. Maslee murah sikit. Sesuai lah dengan keadaan yang diambang kesempitan wang. Ehem. Itupun belanjanya dah over budget. Hehh.

Anyway, balik rumah lepastu, makan-makan, then masak! Dorang ni semua vote kita untuk masak lauk harini. Angah mintak masak ayam percik. Jadinya masaklah ayam percik dengan sawi goreng. Tapi ayam perciknya pertama kali buat kan. Adalah benda yang tak kena. Hahahaha. Terlebih lada keringlah, kurang santanlah, but still not bad kan? Hm kan? Kita pulak jenis masak tengok ingredients resepi jek, tak ambik tau pun kuantiti dia berapa. Tak pandai nak follow. Suka masak ikut citarasa sendiri. Jadi ke tak jadi, belakang kira. Lepastu pandai-pandailah alter. Belajar dari kesilapan dulu. Gittew. Tapi kalau buat kek, pastri, kuih, tak beranilah. Payah nak alter kalau tak jadi. Hahaha.

Lepas masak, makan, melepak jelah kat rumah layan tv dengan adik-adik. It's our quality time. Rare jugak benda ni. Selalu kita kerja, balik pun memerap jek kat bilik. Letih sangat. Takde stamina betul lah. Exercise pun tidak. Heee. Tengok tv, bukak cerita Jubah Hitam. Dari haritu nak tengok. Harini baru dapat tengok dari awal sampai habis. Lakonan Noorkhiriah not bad. Memang kagum kejap tengok dia bawak watak tu. Buat kita terfikir sekejap, macam ni agaknya antara perwatakan orang yang masuk ajaran sesat. Dia sesat sebab dia percaya apa yang dia amalkan tu adalah yang terbaik dan benar. So, tak hairanlah kalau lagaknya macam tu. Perangai serupa orang tak buat salah. Hm.


Oh! Tadi kat Maslee ternampak pek Kimchi. Macam tau-tau jek kita teringin nak makan makanan Korea lately ni. Memang melambai-lambai betul Kimchi tu. Tak boleh tahan! Grab satu pek yang kecik. Hehe. Dengan excitednya bukak nak makan. Siap pakai chopstick tau. Lepastu macam ada sikit hampa. Rasa dia pelik. Macam rasa makan mesin. Kahkah. Macamlah pernah makan mesin. Tapi ada rasa pelik. Belum expired pun. Mungkin bungkusan dia buat rasa dia jadik macam tu. Takpun memang rasa dia macam tu. Tak pasti. Nak kena tanya yang tukang buat dulu baru tau. Hm. Jatuh tersungkur kita punya first impression. Tak sama betul dengan expectation. Tapi kita ngap jelah. Kena makan dengan benda lain. Makan gitu jek memang taste buds kami tak boleh terima. Makan dengan maggi tomyam sedap jek. Rasa nak tuang semua Kimchi bubuh kat maggi. Anyway, boleh jek kalau beli lagi benda tu. Makan dengan maggi ke atau makan dengan benda lain. Dengan syarat, kena craving dulu. Hahaha.


Takkan nak pergi KL semata-mata nak makan Soon Du Bu? Kbai.

Kasi komen sikit k?

Monday, January 13, 2014

KFC bersempena Maulidur Rasul.

Pagi-pagi buta dah dapat message. Taktau lah dari siapa. Malas nak baca. Memang niat nak baca sebelum pergi kerja pagi tadi. Maka, sebelum pergi kerja, tengok notification. Wow! Kenapa pulak Boss message awal pagi ni. Waktu kerja kita, masuk pun tak lagi. Apa hal?
We are having KFC for lunch.
Oh nak belanja KFC rupanya. Ingatkan pasal apa. Taktau apa mimpi tetiba Boss nak belanja makan. Ini rare. Yay! Tapi nak tunggu lunch tu bukan main lama rasa. Pedih-pedih dah perut ni. Sampai jek kilang pagi tadi terus kena kemas stor. Dengan tak alas perut apa lagi. Sampai kilang dahlah awal. Belum masuk office hour lagi. Hukk. Walaupun kita ada orang-orang suruhan. Tapi kita yang penat sama. Hm tak berapa nak orang suruhan sangatlah. Boss yang suruh dorang buat. Nak tunggu kita suruh memang taklah. Kita bukan dorang punya superior. Hm. Itupun dorang panggil kita Boss jugak. 'Kicik Boss'. Ahhaaa.


Nak tunggu tengahari, macam nak pengsan rasa. Perut dah mula pedih, badan dah mula berpeluh, dah mula terasa berat. Tinggal nak kabur mata jek. Lunch hour 1230pm. Tapi batang hidung Madam pun tak nampak lagi. Bebudak operator ni kadang-kadang perangai haru jugak. Kalau boleh semua soalan nak tuju ke kita. Kekeke. Memasing dah lapar jek sebenarnya. Kita dengan officemate dah kebulur. Kami keluar nak pergi cari nasi lah kan. Makan ayam jek mana cukup. Kenalah ada makanan ruji sama. Nasi oi, nasi! Pesen dorang pulak kalau beli benda-benda gitu, beli yang basic jek. Ayam & air. Tu jek. Untung sos free. Lepastu ada sekotak limau kongsi reramai. Kahkah. Tapi bersyukur jugaklah kan walaupun kita tak reti makan KFC ayam spicy sebenarnya. Hehh. Kami keluar kejap tu pun dia dah call tanya-tanya kami pergi mana. Dia tanya, tau tak yang dia dah sediakan lunch? Oh kami tau, kami tau, kami keluar kejap beli 'something'. Kekeke. Risau betul dia takde orang nak makan lunch treat dia ek. Relakslah Boss. Kami balik makan punya. Kami takdelah tak hadap sangat pemberian Boss. Kami hadap jek. Sabar ya.  Hadap-hadap pun, kami tapau jugak menu harian bila lunch - nasi, sayur, ayam bakar. Sedap okay. Tu yang kami hadap sangat dengan ayam bakar tu. Dekat jek dengan kilang. Restoran apa ek. Tak ingat pulak. Tapi kat Ungku Mohsin, JB. Ok kecur.

Alhamdulillah kenyang.

Rutin harian kerja macam biasa jek. Kerja, main-main, Kerja lagi, main-main lagi, ular-ular (baca: mengular) sikit, sambung kerja, bergelak ketawa, serius, buat-buat serius. Gitulah hari-hari. Cukup bulan dapat gaji, bayar hutang-hutang. Eh. Hm. Harini kerja keras, esok cuti.

Bersempena Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W, semoga kita lebih beriman terhadap Baginda pada masa hadapan. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara lagha. Mudah-mudahan. In sha Allah. Selamat menyambut Maulidur Rasul bagi semua umat Islam di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah S.A.W,
Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah yang datang pada hari Qiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia juga pernah mencaci, menuduh orang buat jahat dan mengambil hak orang.
Dia juga pernah menumpahkan darah (membunuh orang) atau sekurang-kurangnya memukul.
Oleh itu, pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu satu persatu. Dan kalau pahalanya tidak cukup, dosa-dosa orang itu pula diberikan kepadanya (jadinya ia muflis) dan akan dijerumuskan ke dalam Neraka.
(Riwayat Muslim)

Kasi komen sikit k?

Saturday, January 11, 2014

Dah semakin dewasa rupanya.

Hai. Susah betul rasanya bila takde laptop sendiri yang boleh digunakan. Kalau pakai hp, tak puas nak tengok. Sempit betul pemandangan. Sedih betul macam ni. Nak harapkan laptop sendiri, tuannya tak boleh harap. Suka download sana sini sampai jahanam dek virus. Lepastu nak harapkan laptop pinjam pun masih tak boleh harap peminjamnya. Masalah yang sama jugak. Kekeke. Maaf! Tak guna jugak kita pomise pomise. Ni pinjam laptop Abah, tak berani nak buat hal. Hewhew.

Dekat setahun dah tak jumpa Teddy ni. Eh, cerita pasal Teddy kat tempat lainlah. Malu nak tulis kat sini. Lalalala. Okay, sekarang ni bukan nak tunjuk sifat tak bersyukur dengan apa yang ada. Cumanya, hati tak senang, tak tenang nak datang kerja. Hari-hari tengok bos marah-marah. Marah sebab buat salah, ya, paham. Tapi jangan maki orang selalu boleh tak? Nanti orang sakit hati, orang maki balik. Hm. Kira win-win situation ke macam mana ni. Hekk. Tapi tak 'win' sangatlah kalau dah sampai orang menyumpah seranah bos. Sadis betul hidup ni. Ke memang one of their culture memang macam tu? Indian people yang dekat India sana memang macam gitu ke? Kalau memang macam tu, kira kitorang jelah yang culture shock, ye dak?

Eh tu baru cakap pasal bos. Tak cakap pasal benda lain lagi. Tapi yang tu takmau cakap lah. Rahsiaaaaa. Tak elok cerita kat sini. Nanti korang baca, malu kita. Lalalala.

Yang sebenarnya kita harap sangat dapat kerja baru sebelum macam-macam lagi dugaan yang datang. I want to start fresh. I want to pursue my dreams. Build my career. Gain more experiences. Please.

The least I could do.

Kasi komen sikit k?

Monday, January 6, 2014

Temuduga lagi. Penting ni!



8 Januari 2014. Okay sakit perut bila memikirkan Rabu ni ada interview lagi. Tapi kali ni interview kerajaan. Mungkin sekali seumur hidup jek ni. Cuak yang amat. Sampai harini pun belum prepare apa-apa lagi. Herher. Semalam lepas balik kerja, siap pergi tengok kat mana tempat interview. Padahal dah pernah pergi, tapi pergi lagi. Umi yang ajak. Umi siap suruh Abah ambik cuti hantar kita pergi interview. Umi memang selalu macam tu. Kalau boleh, dia nak anak dia ni pergi interview tu fikir interview jek. Tak payah fikir nak kena drive ke cari jalan ke jalan sesak ke takde parking ke apa. Kalau boleh Umi pun nak ikut sekali teman kita interview. Hahaha. *tepuk dahi* Kalau Abah, relaks jek. Bagi pesan buat elok-elok dah cukup. Kita pun jadi relaks, tenang sikit hati. Kekeke.


Ok. Makanya, korang ada tips tak nak bagi?

Kasi komen sikit k?

Saturday, December 28, 2013

Interview oh interview.

I've been very busy these past few days. Hari-hari balik kerja, buat kerja rutin. Tengok "Playboy Itu Suami Aku", mandi, solat, makan, tidur. Pukul 9 lebih mata dah terkebil-kebil. Menguap tak henti. Pagi sampai ke petang kerja jek. Jalan-jalan pun takde. No social life. Hekk. Itupun kerja-kerja inventory kita tak siapkan lagi. Mana nak jadi QC, mana nak buat inventory yang huru-hara tu. Nama jek Lab Assistant. Kekeke. Bos pulak jenis kerja jek hidup dia. Rehat entah kemana, makan entah kemana. Takut sangat takde untung. Kenapalah ek.

Pagi ni lapang sikit kepala pasal perjanjian pertukaran ujrah PTPTN dah siapkan, dah pos dah pun semalam. Harap sampai ke sana sebelum Januari lah. Saya last minute siapkan tu. Heee. Jenis manusia last minute memang macam ni. Liat nak berubah. Niat jek lebih.

Petang semalam ada interview kat NM Laboratory kat Impian Emas. Lama dah aim company ni. Dari masa intern lagi, tahun 2011. Masa tu intern kat PAC Testing & Consulting. Sebelum intern taktau pun ada lab kat Impian Emas, masa intern supervisor lah kasitau. Terus cari ceruk mana lab ni. Masa tu tak hantar resume lagi. Belum habis belajar kan. Dah habis belajar adalah cuba nasib tapi takde panggilan. Tapi kita keep on trying. Terasa nak sangat try kerja situ. Selasa lepas tengok kat Jobstreet, ada vacancy untuk Project Chemist. Terus apply. Tak pikir pape sangat. Petang tu terus dia call untuk datang interview. Wahh excited gila masa tu! Tapi bukan position yang kita apply. Position tu dia cari lelaki. Ini untuk position Lab Technician. Sounds great to me. Phone interview lepas, proceed ke face to face interview. Itu yang pergi petang semalam. Kita ada instinct environment kerja kat situ okay. Bertambah excited jadinya. Hopefully, dorang ambiklah kita kerja situ. Doakan lah sama eh. Heee. It's like dream come true kalau dapat kerja situ.

Segala hikmah disebalik kejadian sentiasa ada.

Kasi komen sikit k?

Sunday, December 22, 2013

Internal peaceful.


I have made up my mind. I only can hope this is the best for me. For him. For everyone. Things happen in life dan apa yang kita boleh buat cuma redha dengan qada' dan qadar. Hidup perlu diteruskan. Banyak lagi benda yang lebih penting untuk difikirkan demi masa hadapan. Biar Dia saja yang tentukan semuanya which I believes He's the best planner. I am only human whom also make mistake. I just want to get over with this and live my life peacefully. This is no one's fault. Just keep the faith and pray for my heart. Kita harap semua orang boleh terima keputusan ni nanti. It is supposed to be easy tapi bila memikirkan apa kesan-kesannya terhadap orang lain, secara tak langsung it would affect me too. Is that the kind of situation I would be glad to face rather than redha dengan apa yang dah jadi?

Oh, this is really, really hard.







Kasi komen sikit k?

Thursday, December 19, 2013

A simple goodbye beat a simple sorry.

There was no single post for these past couple days. Because I am still speechless for what had happened. I don't know how long it would takes for me to feel okay again. Everyday I have to face you. I have no choice. Even though I can even barely see your face, I still have to be professional. Apparently, both of us have to be professional. I don't think I could do that for this time being. It hurts too much. In fact, I am full of frustration now. A person whom I thought could be a friend turned out to be someone that I should kept away in the beginning. How fool is that hah? It always occur to me - misjudgment. How could you did this to me. How can't I see this is coming? Shame on me. But a simple sorry is not good enough. Just not good enough. I am sorry, but we are no longer can be friends.

Goodbye.


Kasi komen sikit k?

 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth