Saturday, December 28, 2013

Interview oh interview.

I've been very busy these past few days. Hari-hari balik kerja, buat kerja rutin. Tengok "Playboy Itu Suami Aku", mandi, solat, makan, tidur. Pukul 9 lebih mata dah terkebil-kebil. Menguap tak henti. Pagi sampai ke petang kerja jek. Jalan-jalan pun takde. No social life. Hekk. Itupun kerja-kerja inventory kita tak siapkan lagi. Mana nak jadi QC, mana nak buat inventory yang huru-hara tu. Nama jek Lab Assistant. Kekeke. Bos pulak jenis kerja jek hidup dia. Rehat entah kemana, makan entah kemana. Takut sangat takde untung. Kenapalah ek.

Pagi ni lapang sikit kepala pasal perjanjian pertukaran ujrah PTPTN dah siapkan, dah pos dah pun semalam. Harap sampai ke sana sebelum Januari lah. Saya last minute siapkan tu. Heee. Jenis manusia last minute memang macam ni. Liat nak berubah. Niat jek lebih.

Petang semalam ada interview kat NM Laboratory kat Impian Emas. Lama dah aim company ni. Dari masa intern lagi, tahun 2011. Masa tu intern kat PAC Testing & Consulting. Sebelum intern taktau pun ada lab kat Impian Emas, masa intern supervisor lah kasitau. Terus cari ceruk mana lab ni. Masa tu tak hantar resume lagi. Belum habis belajar kan. Dah habis belajar adalah cuba nasib tapi takde panggilan. Tapi kita keep on trying. Terasa nak sangat try kerja situ. Selasa lepas tengok kat Jobstreet, ada vacancy untuk Project Chemist. Terus apply. Tak pikir pape sangat. Petang tu terus dia call untuk datang interview. Wahh excited gila masa tu! Tapi bukan position yang kita apply. Position tu dia cari lelaki. Ini untuk position Lab Technician. Sounds great to me. Phone interview lepas, proceed ke face to face interview. Itu yang pergi petang semalam. Kita ada instinct environment kerja kat situ okay. Bertambah excited jadinya. Hopefully, dorang ambiklah kita kerja situ. Doakan lah sama eh. Heee. It's like dream come true kalau dapat kerja situ.

Segala hikmah disebalik kejadian sentiasa ada.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth