Tuesday, May 18, 2010

Nenek, mana boleh buat camtu !

HELLO READER:)


korang.. saya nak luahkan kebengangan terhadap kebangangan seorang nenek !
errkk~ cam jahat sangat pulak bunyinya..
*klepek !*okayy, tampar mulut sendiri atas kecabulan berkata-kata*
alaa~ tapi apa yang nenek tu buat memang jahatt !


WHAT ??
tak percaya ??


takpe2, saya cerita satu2.
korang baca betul2 k..

Warga emas 65 tahun kena tangkap ketika sibuk layan dua pelanggan

CHANGLUN: Polis menahan seorang nenek berusia 65 tahun kerana disyaki terbabit menjual dadah jenis heroin dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Jenalik, dekat sini, pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Baharom Othman, berkata dalam serbuan jam 11 pagi itu sepasukan anggotanya diketuai Cif Inspektor Sahran Termizi menahan wanita berkenaan ketika sibuk berurusan menjual dadah di rumah itu.
Katanya, turut ditahan, dua lelaki berusia 30-an disyaki pembeli dadah.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemui sebungkus plastik lutsinar mengandungi 30 paket dadah dipercayai heroin tersorok di bawah tikar getah
rumah dua tingkat terbabit.

“Harga pasaran dadah yang dirampas dianggarkan sekitar RM8,000,” katanya ketika ditemui di di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam.
Beliau berkata, pihaknya percaya wanita warga emas terbabit menjadikan rumah berkenaan tempat penjualan dadah dan ketika serbuan dibuat, suaminya tiada di rumah.

“Kita turut merampas wang tunai RM2,500. Ketiga-tiga suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk siasatan lanjut dan direman seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan,” katanya. 

haaahhh, sekarang percaya tak apa saya cakap ?
tak patut betul..
sepatutnya nenek ni lagi arif pasal kehidupan..
kata makan garam dulu kann~


tapi bukan nenek ni jela..
sesiapa pun tak perlu menjual, mengedar, memproses, membeli & menagih dadah !
takde apa yang best pon..
merosakkan diri lagi ada la !


Gambar hiasan dari Yahoo!: nenek kutip sampah lagi mulia ! *pandai nenek recycle :)*

Sumber berita: Berita Harian Online

p/s: nenek, lepas ni saya kirim duit kat nenek tiap2 bulan. tak payah jual dadah lagi. PAHAM ?!



Kasi komen sikit k?

12 comments:

shaffique said... [Reply]

jahat la nenek ni..haha..



My latest entry : Rima Fakih - Wanita Islam Pertama Menjadi Miss USA

Unknown said... [Reply]

@shafiq
at last ! de orang caye saya. HAHA.

bspotgurl said... [Reply]

Nenek ooo nenek

Unknown said... [Reply]

@bspotgurl
nenek xboleh jawab. dah duk lokap. HEHE

papabear said... [Reply]

apasal la nenek tu wat camtu... ke dia cover cucu dia?

Anonymous said... [Reply]

haishh..apsal ellis x leh nak tglkan jejal kat shoutmix neh...btw..pizza clicked

Unknown said... [Reply]

@papabear
tataula nape nenek tu. hurm, kalau ye pon cover cucu ke pe, xkemane pon. bkemungkinan cucu die xbrubah langsung :)

Unknown said... [Reply]

@ellis suriyani
ta boleh ke ? saya pon kadang2 kena cmtu gak. tatau nape.thnx for the click :)

Anonymous said... [Reply]

yg ni x jmpe.
tp nurul jmpe artikel nenek tu supposed to be mengurut.
but then dye wt up sket dr mengurut.
caya lah nenek zmn skrg -.-'

Unknown said... [Reply]

@miss.nurul
ouhh, yg die urut lelaki je kann. tp a bit kelakar la berita tu coz cerita pasal lelaki kena rogol. tp memamng betol teruk la kann~

nuriz said... [Reply]

sapa bekal dadah kat nenek tu? mesti ada dalang kan
pasal shoutbox tu memang byk kali jumpa yang tak leh ditulis dlm tu, trick dia ialah kecilkan page blog ni dgn ctrl - hahaha ok dah boleh taip dlm shoutbox

Unknown said... [Reply]

@nuriz
tatau pulak kann. yupp, mesti nenek tu dapat bekalan dr mane2.. kalau nenek tu terror, die wat sndri kott~ huhu

btw, thanx for the info bout the shoutbox ya ! :)

 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth