Monday, January 13, 2014

KFC bersempena Maulidur Rasul.

Pagi-pagi buta dah dapat message. Taktau lah dari siapa. Malas nak baca. Memang niat nak baca sebelum pergi kerja pagi tadi. Maka, sebelum pergi kerja, tengok notification. Wow! Kenapa pulak Boss message awal pagi ni. Waktu kerja kita, masuk pun tak lagi. Apa hal?
We are having KFC for lunch.
Oh nak belanja KFC rupanya. Ingatkan pasal apa. Taktau apa mimpi tetiba Boss nak belanja makan. Ini rare. Yay! Tapi nak tunggu lunch tu bukan main lama rasa. Pedih-pedih dah perut ni. Sampai jek kilang pagi tadi terus kena kemas stor. Dengan tak alas perut apa lagi. Sampai kilang dahlah awal. Belum masuk office hour lagi. Hukk. Walaupun kita ada orang-orang suruhan. Tapi kita yang penat sama. Hm tak berapa nak orang suruhan sangatlah. Boss yang suruh dorang buat. Nak tunggu kita suruh memang taklah. Kita bukan dorang punya superior. Hm. Itupun dorang panggil kita Boss jugak. 'Kicik Boss'. Ahhaaa.


Nak tunggu tengahari, macam nak pengsan rasa. Perut dah mula pedih, badan dah mula berpeluh, dah mula terasa berat. Tinggal nak kabur mata jek. Lunch hour 1230pm. Tapi batang hidung Madam pun tak nampak lagi. Bebudak operator ni kadang-kadang perangai haru jugak. Kalau boleh semua soalan nak tuju ke kita. Kekeke. Memasing dah lapar jek sebenarnya. Kita dengan officemate dah kebulur. Kami keluar nak pergi cari nasi lah kan. Makan ayam jek mana cukup. Kenalah ada makanan ruji sama. Nasi oi, nasi! Pesen dorang pulak kalau beli benda-benda gitu, beli yang basic jek. Ayam & air. Tu jek. Untung sos free. Lepastu ada sekotak limau kongsi reramai. Kahkah. Tapi bersyukur jugaklah kan walaupun kita tak reti makan KFC ayam spicy sebenarnya. Hehh. Kami keluar kejap tu pun dia dah call tanya-tanya kami pergi mana. Dia tanya, tau tak yang dia dah sediakan lunch? Oh kami tau, kami tau, kami keluar kejap beli 'something'. Kekeke. Risau betul dia takde orang nak makan lunch treat dia ek. Relakslah Boss. Kami balik makan punya. Kami takdelah tak hadap sangat pemberian Boss. Kami hadap jek. Sabar ya.  Hadap-hadap pun, kami tapau jugak menu harian bila lunch - nasi, sayur, ayam bakar. Sedap okay. Tu yang kami hadap sangat dengan ayam bakar tu. Dekat jek dengan kilang. Restoran apa ek. Tak ingat pulak. Tapi kat Ungku Mohsin, JB. Ok kecur.

Alhamdulillah kenyang.

Rutin harian kerja macam biasa jek. Kerja, main-main, Kerja lagi, main-main lagi, ular-ular (baca: mengular) sikit, sambung kerja, bergelak ketawa, serius, buat-buat serius. Gitulah hari-hari. Cukup bulan dapat gaji, bayar hutang-hutang. Eh. Hm. Harini kerja keras, esok cuti.

Bersempena Hari Keputeraan Rasulullah S.A.W, semoga kita lebih beriman terhadap Baginda pada masa hadapan. Semoga kita dijauhi dari perkara-perkara lagha. Mudah-mudahan. In sha Allah. Selamat menyambut Maulidur Rasul bagi semua umat Islam di seluruh dunia.

Sabda Rasulullah S.A.W,
Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah yang datang pada hari Qiamat dengan sembahyang, puasa dan zakat tetapi dia juga pernah mencaci, menuduh orang buat jahat dan mengambil hak orang.
Dia juga pernah menumpahkan darah (membunuh orang) atau sekurang-kurangnya memukul.
Oleh itu, pahala ibadahnya akan diberi kepada orang yang dianiayai itu satu persatu. Dan kalau pahalanya tidak cukup, dosa-dosa orang itu pula diberikan kepadanya (jadinya ia muflis) dan akan dijerumuskan ke dalam Neraka.
(Riwayat Muslim)

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth