Tuesday, January 14, 2014

Percutian ala-ala Korea.

Cuti harini, duduk rumah terasa lapang sikit fikiran. Baru terasa betul-betul cuti. Pagi-pagi hantar Umi pergi kerja. Balik rumah ambik adik nak pergi shopping barang dapur kat Maslee. Maslee murah sikit. Sesuai lah dengan keadaan yang diambang kesempitan wang. Ehem. Itupun belanjanya dah over budget. Hehh.

Anyway, balik rumah lepastu, makan-makan, then masak! Dorang ni semua vote kita untuk masak lauk harini. Angah mintak masak ayam percik. Jadinya masaklah ayam percik dengan sawi goreng. Tapi ayam perciknya pertama kali buat kan. Adalah benda yang tak kena. Hahahaha. Terlebih lada keringlah, kurang santanlah, but still not bad kan? Hm kan? Kita pulak jenis masak tengok ingredients resepi jek, tak ambik tau pun kuantiti dia berapa. Tak pandai nak follow. Suka masak ikut citarasa sendiri. Jadi ke tak jadi, belakang kira. Lepastu pandai-pandailah alter. Belajar dari kesilapan dulu. Gittew. Tapi kalau buat kek, pastri, kuih, tak beranilah. Payah nak alter kalau tak jadi. Hahaha.

Lepas masak, makan, melepak jelah kat rumah layan tv dengan adik-adik. It's our quality time. Rare jugak benda ni. Selalu kita kerja, balik pun memerap jek kat bilik. Letih sangat. Takde stamina betul lah. Exercise pun tidak. Heee. Tengok tv, bukak cerita Jubah Hitam. Dari haritu nak tengok. Harini baru dapat tengok dari awal sampai habis. Lakonan Noorkhiriah not bad. Memang kagum kejap tengok dia bawak watak tu. Buat kita terfikir sekejap, macam ni agaknya antara perwatakan orang yang masuk ajaran sesat. Dia sesat sebab dia percaya apa yang dia amalkan tu adalah yang terbaik dan benar. So, tak hairanlah kalau lagaknya macam tu. Perangai serupa orang tak buat salah. Hm.


Oh! Tadi kat Maslee ternampak pek Kimchi. Macam tau-tau jek kita teringin nak makan makanan Korea lately ni. Memang melambai-lambai betul Kimchi tu. Tak boleh tahan! Grab satu pek yang kecik. Hehe. Dengan excitednya bukak nak makan. Siap pakai chopstick tau. Lepastu macam ada sikit hampa. Rasa dia pelik. Macam rasa makan mesin. Kahkah. Macamlah pernah makan mesin. Tapi ada rasa pelik. Belum expired pun. Mungkin bungkusan dia buat rasa dia jadik macam tu. Takpun memang rasa dia macam tu. Tak pasti. Nak kena tanya yang tukang buat dulu baru tau. Hm. Jatuh tersungkur kita punya first impression. Tak sama betul dengan expectation. Tapi kita ngap jelah. Kena makan dengan benda lain. Makan gitu jek memang taste buds kami tak boleh terima. Makan dengan maggi tomyam sedap jek. Rasa nak tuang semua Kimchi bubuh kat maggi. Anyway, boleh jek kalau beli lagi benda tu. Makan dengan maggi ke atau makan dengan benda lain. Dengan syarat, kena craving dulu. Hahaha.


Takkan nak pergi KL semata-mata nak makan Soon Du Bu? Kbai.

Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth