Thursday, February 6, 2014

Berita sedih yang sensasi cuma. Rahsia Allah.

Disebabkan ada kenangan tak best jatuh hari yang sama dengan birthday boy, terus hilang mood haritu. Bak kata Sanjay, nombor darling pun takde. Tapi nombor darling dah ingat by heart. Handphone jek takde nak call. Ciss.
Happy birthday Zarep. Wish lagi kat sini. Ingat pesanan saya. Lalalala.
Zarep pun dah takde kat Segamat. Dah selamat kat bumi Kedah. Sementara masih ada masa, ada minat, ada keyakinan, ada semangat untuk sambung belajar, teruskan. Saya sokong usaha awak nak capai cita-cita awak tu. Semoga berjaya okay.

Well. Sekarang dah ceria sikit. Sebab dapat berita baik harini. Itulah orang kata, semua yang jadi ada sebabnya, ada hikmahnya. Sekejap jek dah nampak hikmahnya. Tengah sibuk-sibuk label pallet untuk stuffing, terdengar suara orang cari kita. "Khan, Farah mana?" Dengan sekuat hatinya, "Saya kat sini! Kat stor! Stor!" Masa tu dah selit celah-celah pallet. Memang takdelah nak keluar. Tunggu jelah Kak Ita datang. Sekali dia hulur satu paper nombor telefon. "Tadi Helen call. Urgent dia kata." Wooo. Apa yang urgentnya. Nervous jek rasa. Disebabkan taknak mengharap, dalam hati cakap, mesti dia call nak kasitau kita tak dapat job yang haritu dia interview. Sedih. Tapi takpelah. Bergantung pada rezeki jek kan.

Okaylah kalau macam tu. Lepastu kita pun call. Miss Helen tanya samada kita masih interested tak dengan job yang kita apply tu. Dengan confidentnya jawab, "Oh, interested!" Lepastu dia suruh kita datang second interview. Candidate yang dia pilih untuk proceed ke second interview before this tak jadi datang. So, terima kasih awak sebab turned down dia punya offer. Herher. Makanya, kita lah yang dapat session tu. Terus buat appointment hari yang sama pukul 630pm tadi interview. Dengan tak prepare apa-apa. Datang dengan harapan jek.


Tapi harapan yang menggunung tu tercapai jugak akhirnya. Kita memang nak job tu. Dia pulak offer. Memang ngam. Teruslah accept! Walaupun gaji masih kecik, tapi takpe. Yang penting pengalaman ke arah menjadi Chemist tu yang lebih penting. InsyaAllah. Mudah-mudahan tempat kerja baru ni lebih baik. I want to start fresh. Sekarang tinggal nak buat notis jek untuk Bos. Itupun tak buat-buat lagi. Dari tadi hadap benda-benda lagha jek. Hahaha. Esok jek buat aci tak?

Dengan sisa-sisa semangat yang ada ni, nak kena settle banyak perkara, sebelum meninggalkan Universal Soap & Cosmetics Sdn. Bhd. buat selama-lamanya. Wuhuuu. Kena spend time lebih sikit dengan kawan-kawan. Nanti susah nak jumpa dah. Susah sangat. Kot. Btw, korang doakan untuk kita jugak okay. Semoga kita semua berjaya dapat kerja yang dimpi-impikan selama ni. Amin.

Oh ngantuk gila. Kita nak masuk tidur lah macam ni. Good night people :)



Kasi komen sikit k?

Post a Comment
 
back to top Blacy Smiley - Haha Bucktooth