Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.
Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
- Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
- Buku – Bible
- Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
- Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
- Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis6.
- Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
- Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
- Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
- Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
- Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
- North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
- Pokok Krismas – Simbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
- Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
- Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
- Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu).
Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.
- Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
- Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
- Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.
Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan
Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?
Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
10 comments:
aied, mane dpt info nie?
woahhh .. mana dapat nih ? btw , first time tengok iklan tuh saya dah terfikir 'wtf krismas ?' .
thanks for the sharing :DD
ye.iklan ni sgt unacceptable.entah hape2~!
@ajieaku dapat dr fb> Usrah Jemaah Anak Muda v2.0 tp da bnyak gak org becerita..
@an.afiqah 1st time dpt dr fb.. but before post bnde ni baru saye tgok iklan tu.
@[r.u.l.e] kan kan. iklan AIDILFITRI cam KRISMAS. kalau tak perasan any detail pon org bole tgok bnde ni cam krismas. huhu.
salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..
Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..
tu sengaja le, sape la yg reka video ni,,mmg ade udang disebalik mee goreng mamak..hehe
@Wan_hazel sok raye! huhu. selamat hari raye gak. maaf zahir... err, batin takde kot. haha.
@LiFe KaMi mee goreng mamak dah bole makan pagi sok. kalau tanak makan ketupatla. hehe. bebalik pd video, tatau sape yg reka. tp memg bnyk yg tesirat..
Post a Comment